Perkhidmatan feri terkenal Feri

Feri jarak jauh menyambungkan banyak pulau persisiran dengan tanah besar. Kemungkinannya yang paling dikenali di Malaysia adalah feri ke Pulau Pinang. Selain itu terdapat juga perkhidmatan feri menyeberangi Selat Inggeris menyambungkan Great Britain dengan Eropah lain (kebanyakannya melalui pelabuhan Perancis, seperti Calais, Cherbourg, Le Havre), dan lain-lain lagi. Feri besar juga berlayar di Laut Baltik antara Finland dan Sweden. Dari banyak segi, ia menyerupai kapal kruise, tetapi ia juga mampu membawa beratus-ratus kereta di dek kenderaan mereka. Di Britain, feri membawa kereta kadang kala dikenali sebagai Golek-Masuk, Golek-Keluar RORO (roll-on, roll-off) - merujuk cara mudah kenderaan keluar masuk kapal.. Reka bentuk RORO mempunyai kelemahan yang melemahkan kebolehan mereka belayar di laut.

Star Ferry di Hong Kong.

Di Australia, tiga buah feri (Spirit of Tasmania) membawa penumpang dan kenderaan 300km menyeberangi Selat Bass, yang memisahkan Tasmania daripada tanah besar Australia. Perjalanan ini memakan masa semalaman dan menjangkau hari bagi penyeberangan pada tempoh puncak. Semua ketiga feri berpengkalan di utara bandar pelabuhan Devonport, di Tasmania; dua feri belayar laluan ke Melbourne, Victoria, dan yang ketiga ke Sydney, New South Wales.

Di Hong Kong, Star Ferry dan First Ferry.

Di British Columbia, Kanada, terdapat B.C. Ferries.